Maryam memberikan anak kepada Nabi
saw yang bernama Ibrahim, nama dari datuknya, bapak para nabi. Namun Ibrahim
tidak hidup lama. Ia meninggal saat masih menyusu. Kematiannya merupakan ujian
bagi Nabi dan sebagai isyarat dari Ilahi bahawa pewaris-pewaris Rasul dari kaum
lelaki adalah para pengikut Al-Qur'an dan para pembawa Islam, bukan anak-anak
dari sulbinya.
Salah jika ada orang yang
membayangkan bahawa Rasul saw mempunyai banyak waktu untuk mencari kesenangan
meskipun halal. Kesenangan diperbolehkan bagi orang lain namun beliau lebih
memilih untuk merasakan penderitaan berjihad, menegakkan hukum, dan kesabaran.
Salah jika ada orang yang membayangkan bahawa Rasul saw hidup di rumahnya
dengan keadaan ekonomi yang lebih baik daripada orang yang termiskin dari
kalangan Muslim di zamannya.
Kehidupan beliau di rumahnya penuh
dengan kezuhudan yang luar biasa sehingga sebahagian isterinya mengeluhkan
keadaan tersebut. Di antara mereka ada yang berasal dari keluarga yang kaya
seperti keluarga Abu Bakar atau keluarga Umar bahkan sebahagian isterinya
bersatu untuk meminta kepada beliau agar beliau menambah nafkah mereka sehingga
Nabi meninggalkan isteri-isterinya, lalu tersebarlah isu yang menyatakan bahawa
beliau telah menceraikan semua isterinya. Kemudian turunlah ayat Takhyir (yaitu
ayat yang memberikan pilihan kepada isteri-isteri Nabi untuk tetap menjadi
isteri beliau atau diceraikannya). Turunlah Al- Qur'an al-Karim memberikan
pilihan pada isteri-isteri Nabi antara menjalani kehidupan di rumah kenabian
dengan penuh kesederhanaan atau menerima perceraian. Allah SWT berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu: 'Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan
perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan
kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keridhaan)
Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka Sesungguhnya
Allah menyediakan siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar. "
(QS. al-Ahzab: 28-29)
Selesailah fitnah. Demikianlah
pergelutan di rumah Rasul saw. Akhirnya, isteri-isteri beliau memilih kehidupan
zuhud dan bersabar serta akhirat daripada kehidupan dunia. Permintaan
isteri-isteri nabi tidak melebihi hal-hal yang bersifat mubah, namun Rasul saw
merupakan teladan bagi seluruh umat, kerana itu beliau harus menjadi teladan
bagi umat sehingga beliau dapat menjadi cermin tertinggi yang layak di emban
oleh seorang yang memegang tampuk kepemimpinan Muslimin. Allah SWT telah
membalas pengorbanan isteri-isteri Nabi saw dalam bentuk mengangkat kedudukan
mereka dan menjadikan mereka sebagai ibu dari kaum mukmin. Allah SWT berfirman:
"Nabi itu (hendaknya) lebih
utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya
adalah ibu-ibu mereka." (QS. al- Ahzab: 6)
Dan, sebagai penegasan terhadap
keibuan spirituil ini, Islam mewajibkan hijab yang teliti kepada mereka, yaitu
suatu hijab yang tidak diperlakukan seperti itu kepada Muslimah-Muslimah lain.
Nabi saw melanjutkan dakwahnya. Beliau mengirim surat ke raja-raja dan para
penguasa di mana beliau ingin menunjukkan universalitas ajaran Islam. Nabi saw
mengajak Kaisar Romawi untuk mengikuti Islam, lalu beliau mengirim utusan ke
Amir Damaskus mengajaknya untuk memeluk Islam, dan beliau mengutus utusan ke
Amir Basrah bahagian dari wilayah Romawi dan mengajaknya untuk mengikuti Islam,
dan beliau juga mengirim surat ke penguasa Qibti dan mengajaknya untuk masuk
Islam, dan beliau juga menulis surat ke Kisra, Raja Persia dan mengajaknya
untuk mengikuti Islam. Beliau juga mengirim utusan ke Amir Bahrain dan
mengajaknya untuk mengikuti Islam.
Lalu berbagai reaksi disampaikan
berkenaan dengan surat-surat Nabi itu. Di antara mereka ada yang berusaha
menyampaikan kepada pembawa surat bahawa ia masuk Islam dan mengembalikannya
dengan hadiah, dan di antara mereka ada yang merobek-robek surat itu dan di
antara mereka ada yang membalas surat itu dengan jawapan yang baik, dan di
antara mereka ada yang menerima kebenaran. Demikianlah hari berlalu dalam
pergelutan yang tidak pernah padam, suatu pergelutan yang dipimpin oleh Nabi
sehingga beliau menaklukkan Mekah dan menyucikan jazirah Arab. Akhirnya,
manusia masuk dalam agama Allah SWT dalam keadaan berbondong-bondong, dan Allah
SWT menyempurnakan agama bagi kaum Muslim dan Nabi saw melaksanakan haji wada'
(haji yang terakhir) dan turunlah kepada beliau wahyu di Arafah sebagaimana
firman-Nya:
"Pada hari ini telah
Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku,
dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. " (QS. al-Maidah: 3)
Ayat tersebut dibacakan kepada Abu
Bakar sehingga ia menangis. Allah SWT merasa bahawa telah tiba waktunya untuk
mengakhiri misi Rasul- Nya. Aisyah berkata kepada anak-anak yang berteriak dan
bermain-main di luar rumah: "Diamlah kalian kerana Rasulullah saw sedang
sakit." Anak- anak itu pun terdiam dan mereka merasakan ketakutan yang
luar biasa. Pada hari-hari terakhir, Rasulullah saw tidak lagi bercanda dengan
mereka sebagaimana yang biasa beliau lakukan.
Mereka memperhatikan bahawa
kepucatan yang aneh menyelimuti Nabi saw yang biasanya wajah beliau dipenuhi
dengan senyuman hingga wajahnya laksana lempengan emas. Nabi saw yang terakhir
masuk dalam rumahnya dan hampir saja beliau tidak kuat menahan langkah kedua
kakinya. Beliau memasuki rumahnya dan bersandar kepada tangan Fadl bin Abbas
dan Ali bin Abu Thalib. Beliau merasakan keletihan dan kesakitan. Kemudian
Aisyah menidurkan beliau di atas ranjangnya yang kasar dan Aisyah meletakkan
tangannya di atas kening beliau. Kepala beliau tampak panas kerana saking
hebatnya demam. Aisyah berkata dalam keadaan kedua matanya mengucurkan air
mata, "demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah apakah engkau merasakan sakit?"
Nabi saw tersenyum untuk menenangkan Aisyah lalu beliau tertidur. Kemudian
mengalirlah dalam memori Nabi saw berbagai gambar hidup: Jibril turun kepada
beliau dengan membawa wahyu di gua Hira. Beliau telah melewati waktu yang
diberkati selama dua puluh tiga tahun, yang sekarang tampak seperti mimpi.
Bahkan empat puluh tahun yang mendahuluinya tampak seperti gambar yang hanya
dilukis sesaat.
Segala sesuatu menjadi mudah bagi
Allah SWT dan Rasulullah saw telah berhasil melalui berbagai penderitaan dengan
penuh kesabaran, bahkan beliau tidak pernah mengeluh sekali pun. Beliau
mengajarkan akidah kepada para pengikutnya dengan penuh kemantapan. Akhirnya,
Islam menjadi mulia dan benderanya semakin berkibar. Kemudian beliau bangun kerana
melihat tangisan yang tersembunyi dari Aisyah. Beliau membuka kedua matanya dan
melihat wajah Aisyah sambil beliau sendiri berusaha melawan rasa pusing, demam,
dan sakit yang dirasakannya. Beliau kembali tersenyum untuk menenangkan Aisyah
dan beliau kembali memejamkan matanya dan tidak sedarkan diri. Apa gerangan
yang menyebabkan Aisyah menangis? Tidakkah Allah SWT memahkotai jihad Nabi saw
yang berat dengan penaklukan Mekah dan penyucian Baitul Haram?
Berbagai gambar hidup dan aktual
melayang-layang dalam memori Nabi saw. Beliau mengingat bagaimana tindakan
orang Quraisy ketika membantalkan perjanjian Hudaibiyah dan mereka memerangi
Khaza'ah yang saat itu bersekutu dengan kaum Muslim dan akhirnya mereka
membunuh semua sekutu kaum Muslim di Baitul Haram. Kemudian beliau berjalan
bersama pasukan yang berjumlah sepuluh ribu di mana semua pasukan telah siap,
dan tentera Muslim turun dari gunung Mekah laksana air bah yang tidak berhenti
sedikit pun. Telah lewatlah masa para pembawa tombak, panah, dan pedang; telah
lewatlah masa di mana Rasulullah saw memimpin pasukan yang di dalamnya terdapat
kaum Muhajirin dan Anshar. Di tengah-tengah pasukan besar tersebut yang
berhasil menaklukkan Mekah, Nabi saw menunggangi untanya dan beliau menundukkan
kepalanya dengan penuh rendah diri di hadapan Allah SWT sampai-sampai kepalanya
hampir menyentuh punggung unta yang dinaiki. Pintu Mekah terbuka untuk pasukan
ini.
Para pemimpin Mekah dan
pengikut-pengikut mereka menyerahkan diri. Kalimat Allah SWT semakin meninggi di
dalamnya. Nabi saw memasuki Baitul Haram lalu beliau berkeliling di sekitar
Ka'bah. Beliau menghancurkan berbagai patung yang berbaris di sekitarnya, lalu
beliau memukulnya dengan kapaknya. Kemudian patung-patung itu berjatuhan dan
hancur. Setelah beliau membersihkan masjid dari berbagai patung dan
mengembalikannya sebagaimana yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai rumah
tauhid yang mutlak, beliau menoleh kepada orang Quraisy dan memaafkan mereka
dan mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah SWT. Kemudian tibalah waktu
solat, lalu Bilal naik di atas punggung Ka'bah dan mengumandangkan Azan.
Penduduk Mekah mendengarkan panggilan baru ini di mana gemanya berputar-putar
di antara gunung:
"Allah Maha Besar. Aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan selain Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah.
Marilah melaksanakan solat. Marilah menuju keberuntungan. Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan selain Allah."
Akhirnya, rumah itu dikembalikan
kehormatannya dan kemuliaannya. Kemudian lagi-lagi arus berbagai gambar terlintas
dalam memorinya: itulah peperangan Hunain dengan kekalahannya, kemenangannya,
dan ganimahnya; Itulah Nabi saw yang memberikan ganimah terhadap orang- orang
yang bergabung dengan Islam hanya dua hari dari penduduk Mekah, dan mencegah
untuk memberi ganimah Hunaian kepada kaum Anshar yang telah memberikan
segalanya untuk Islam. Salah seorang di antara mereka berkata: "Demi
Allah, Rasulullah saw telah menemui kaumnya." Sa'ad bin 'Ubadah berjalan
ke arah Rasulullah saw dan memberitahunya bahawa kaum Anshar sedang marah.
Rasul saw bertanya: "Mengapa marah?" Sa'ad menjawab: "Mereka
protes saat engkau membagikan ganimah ini pada kaummu dan pada seluruh orang
Arab namun mereka tidak mendapatkan apa-apa." Rasulullah saw bertanya
kepada Sa'ad bin Ubadah: "Kamu sendiri bagaimana pendapatmu wahai
Sa'ad?" Sa'ad berkata: "Aku tidak lain kecuali seseorang dari
kaumku." Rasulullah saw berkata: "Kumpulkanlah kepadaku kaummu untuk
masalah yang penting ini dan jika kalian telah berkumpul, maka beritahulah
aku."
Sa'ad mengumpulkan seluruh kaum
Anshar lalu ia memberitahu Rasul saw bahawa ia telah mengumpulkan mereka.
Rasulullah saw keluar menemui mereka dan berdiri di hadapan mereka sambil
memuji Allah SWT dan kemudian berkata: "Wahai orang-orang Anshar, tidakkah
aku datang kepada kalian saat kalian dalam keadaan sesat lalu Allah SWT
memberikan petunjuk kepada kalian, dan kalian menjadi orang-orang yang fakir
lalu Allah SWT memampukan kalian, dan kalian dalam keadaan bermusuhan lalu
Allah SWT menyatukan hati kalian?" Mereka menjawab: "Benar."
Rasulullah saw berkata: "Mengapa kalian tidak menjawab wahai kaum
Anshar?" Mereka berkata: "Apa yang kita akan katakan wahai Rasulullah
dan dengan apa kita akan menjawabnya. Sungguh segala kurnia hanya milik Allah
SWT dan Rasul-Nya."
Rasulullah saw berkata: "Demi
Allah, seandainya kalian mahu nescaya kalian akan mengatakan dan benar apa yang
kalian katakan: Engkau datang kepada kami sebagai seorang yang terusir, maka
kami melingdungimu dan engkau datang dalam keadaan miskin lalu kami menghiburmu
dan engkau datang dalam keadaan ketakutan lalu kami mengamankanmu dan engkau
datang dalam keadaan teraniaya lalu kami menolongmu." Mereka berkata:
"Segala puji dan kurnia bagi Allah SWT dan Rasul-Nya." Rasulullah saw
berkata: "Wahai kaum Anshar, apakah kalian akan marah terhadap harta yang
telah aku berikan kepada suatu kaum dengan harapan agar keimanan meresap dalam
hati mereka dan kalian justru melupakan kurnia yang telah Allah SWT berikan
kepada kalian dalam bentuk nikmat Islam. Tidakkah kalian wahai kaum Anshar
merasa puas ketika manusia pergi untuk melakukan perjalanan di musim dingin
sedangkan kalian pergi dengan Rasulullah saw. Maka demi Zat yang jiwaku di
tangan-Nya, seandainya manusia melalui suatu jalan dan kaum Anshar melalui
jalan yang lain nescaya aku akan melalui jalan kaum Anshar. Ya Allah,
rahmatilah kaum Anshar dan anak-anak kaum Anshar dan cucu kaum Anshar."
Mendengar doa itu, kaum tersebut
menangis sehingga janggut mereka terbasahi dengan air mata dan mereka berkata:
"Kami rela dengan Allah SWT sebagai Tuhan dan sangat puas dengan
pembahagian Rasulullah saw." Kemudian Nabi saw pun meninggalkan mereka dan
mereka pergi dalam keadaan puas. Orang-orang Anshar memahami bahawa Muslim yang
hakiki di dunia adalah seorang yang datang di dunia untuk memberi, bukan untuk
mengambil. Nabi saw terbangun dan beliau mendapati dirinya sendirian di kamar.
Suhu tubuh beliau meningkat kerana demam, lalu beliau memanggil Aisyah dan
meminta kepadanya untuk membawa air yang dapat digunakannya untuk mendinginkan
tubuhnya. Aisyah mulai menuangkan air kepada Rasulullah saw sampai demam beliau
beransur- ansur sedikit menurun. Tampak bahawa waktu berlalu cukup lambat dan
berat. Sakit Rasulullah saw semakin meningkat.
Beliau mulai merasa bahawa tidak mampu
lagi untuk solat bersama para sahabat, lalu beliau memerintahkan Abu Bakar
untuk solat bersama mereka. Pada saat Nabi mengalami antara keadaan terjaga dan
tidur, beliau selalu berfikir apa gerangan yang belum disampaikannya kepada
manusia. Beliau telah menyampaikan segala sesuatu dan telah mengajari mereka
segala sesuatu serta telah meninggalkan sebuah Kitab yang siapa pun berpegangan
dengannya ia tidak akan sesat.
Rasul saw mulai mengantuk dan
berbagai nostalgia terlintas di kepalanya. Beliau melihat dirinya di haji
Wada'. Selesailah perjanjian yang diberikan kepada kaum musyrik dan mereka
telah dilarang untuk memasuki Masjidil Haram dan sekarang Nabi saw keluar
sebagai pemimpin haji dan mengajari kaum Muslim cara manasiknya. Rasulullah saw
memperhatikan ribuan orang-orang yang bertauhid saat mereka menuju Baitul Haram
dalam keadaan memenuhi panggilan Tuhan dan tunduk kepadanya. Mereka
menghidupkan memori datuk mereka, Ibrahim Khalilullah. Nabi saw berdiri dan
berpidato di tengah-tengah keramaian itu. Nabi saw mulai merasakan bahawa
kehidupannya di dunia sebentar lagi akan berakhir. Beliau mengetahui bahawa
kafilah ini akan pergi sendirian dalam menjalani kehidupan. Beliau kembali
menanamkan nilai- nilai Islam dan wasiat dakwah di jalan Allah SWT. Setelah
berjuang selama dua puluh tiga tahun menegakkan agama Allah SWT, beliau
bertanya kepada mereka: "Apakah aku telah menyampaikan amanat Tuhan?"
Lalu manusia yang hadir saat itu menyatakan bahawa beliau benar-benar telah
menyampaikan dakwah. Beliau memanggil Mu'ad bin Jabal dan mengajarinya
bagaimana berdakwah kepada manusia di jalan Allah SWT dan bagaimana mengenalkan
agama kepada mereka.
Kemudian beliau berwasiat kepada
Mu'ad saat ia menunggangi kenderaannya sedangkan Rasulullah saw berjalan di
sebelah untanya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di sisiku adalah
orang-orang yang bertakwa, siapa pun mereka dan di mana pun mereka." Nabi
saw adalah rahmat bagi semua manusia dan sebagai cermin yang tertinggi dari
cermin persaudaraan dan kepatuhan. Beliau menegakkan Al-Qur'an di tengah-tengah
umat Islam namun beliau menolak segala bentuk penampilan yang biasa melekat
pada seorang penguasa atau raja atau pemimpin apa pun. Beliau berkata kepada
para sahabatnya: "Aku hanya seorang hamba Allah SWT dan Rasul-Nya."
Beliau keluar menemui sekelompok
sahabatnya lalu sebagai bentuk penghormatan kepada beliau mereka berdiri.
Kemudian beliau memerintahkan kepada mereka agar tidak berdiri. Ketika beliau
keluar untuk menemui sahabat-sahabatnya dan murid-muridnya, maka beliau duduk
bersama mereka di tempat terakhir yang ditemukannya. Beliau sangat bersahabat
dan ramah dengan para sahabatnya, bahkan beliau bercanda dengan anak-anak
mereka dan mendudukkan mereka di ruangannya. Beliau memenuhi panggilan orang
dewasa mahupun anak- anak. Beliau membesuk orang-orang yang sakit meskipun
berada di tempat yang jauh. Beliau menerima alasan orang yang mempunyai uzur.
Beliau mendahului orang yang ditemuinya dengan salam bahkan beliau mendahului
berjabat tangan dengan para sahabatnya.
Ketika seseorang datang untuk
menemuinya saat beliau solat, maka beliau mempersingkat solatnya dan menanyakan
keperluan orang itu. Setelah menyelesaikan keperluan manusia, beliau kembali
menyelesaikan solatnya. Beliau selalu menebar senyum kepada kawan dan lawan dan
memiliki keperibadian yang paling baik. Ketika beliau berada di rumahnya,
beliau melayani keluarganya. Beliau mencuci bajunya. Beliau memperbaiki
sandalnya dan memberi minum unta. Beliau makan bersama pembantu. Beliau
memenuhi kebutuhan orang yang lemah, orang yang sedih, dan orang yang miskin.
Bahkan kebaikan beliau dan kasih sayangnya sampai pada tingkat di mana beliau
membiarkan cucunya menaiki punggungnya saat beliau sedang solat.
Kasih sayang beliau tidak hanya
terbatas kepada manusia bahkan juga tertuju pada binatang dan pohon. Beliau
memberi makan binatang dengan tangannya sendiri bahkan beliau pernah merawat
anjing yang sakit. Beliau memerintahkan pasukan Islam saat berperang demi
menegakkan keadilan Islam agar mereka tidak membunuh anak kecil, orang tua,
kaum wanita dan hendaklah mereka tidak mencabut pohon dan tidak pula merobohkan
rumah.
Apa yang dibawa oleh Nabi saw bukan
hanya suatu undang-undang yang mengatur hubungan antara manusia dan manusia
yang lain, dan apa yang dibawa oleh Nabi saw bukan hanya berisi suatu sistem
untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuannya, ini semua adalah hal
relatif namun beliau datang dengan membawa peradaban yang abadi yang mengatur
hubungan antara manusia dan alam, dan mengembalikan keserasian di alam wujud
sehingga semua berjalan secara seimbang dan mencapai kesempurnaan menuju Allah
SWT. Meskipun pada titik terakhir dari kehidupannya, beliau masih sibuk
mengurus masa depan dakwah dan beliau sangat cemas terhadap masa depan agama
dan sangat peduli dengan masalah kaum Muslim. Beliau khawatir suatu saat Islam
hanya tinggal namanya namun hakikatnya telah lenyap. Namun sebelum beliau
meninggal, Allah SWT telah memperlihatkan kepada beliau sesuatu yang membuat
hati beliau menjadi tenang. Dan di hari Senin dari bulan Rabiul Awal yang
mulia, beliau kembali kepada Tuhannya dalam keadaan ridha dan diridhai.
Salam
kepadamu ya Rasulullah dan kepada keluarga serta sahabat yang setia bersamamu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar